Jumaat, 14 September 2018

Majlis Penutupan Sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018

CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1440 Dan MAJLIS PENUTUPAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK SANTAN

Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Tarikh : 14/9/2018
Masa : 7.40 - 12.00

Tentatif
-7.40-10.00 : Maljis sempena Bulan kemerdekaan

Program ceramah Maal Hijrah 1440h
- 10.40 : berhimpun di dewan harmoni

- 11.00 : ceramah bermula

- 12.00 : bersurai

HIJRAH KAN DIRI KITA & MERDEKA LAH DIRI KITA..

“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri... “
(Maksud Surah Ar-Ra’d : 11)

Hijrah dalam erti kata sebenar, apabila lahirnya kesedaran untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik, sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti diri serta berazam untuk meninggalkan bukan sahaja perkara-perkara yang haram bahkan juga perkara-perkara yang syubhat dan lagha.

Sepertimana kata-kata Saidina Ali : “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.”

Hijrah bukanlah bermusim, menetapkan tarikh tertentu atau menunggu setiap kali tahun baru untuk berubah, tetapi… hijrah yang terbaik berlaku tidak kira masa, tidak kira detik, tidak kira ketika.

Hijrah juga bukan hanya di bibir, tetapi hijrah perlu diterjemahkan dengan tindakan. Untuk itu kita perlukan kekuatan, kita perlukan sokongan dan kita juga perlukan perancangan agar kita sendiri dapat menilai tahap mana perubahan kita. Ibarat seperti graf perubahan, kita melihat di mana turning point kita, di mana pula kadar pecutan kita dan di mana pula bahagian yang mendatar kita. Titik-titik inilah yang mengambarkan usaha peningkatan kita supaya kita terus istiqamah dengan perjalanan hijrah kita.

Sebagai contoh, kita berazam untuk istiqamah dalam melakukan solat dhuha sedangkan sebelum ini kita culas melakukannya. Mungkin apa yang kita boleh rancang, untuk peringkat awal, kita letakkan target, dalam sebulan paling kurang sekali kita lakukan solat dhuha. Peringkat kedua, kita lakukan solat dhuha sekali setiap minggu. Peringkat ketiga, kita target cuti hujung minggu dan cuti kelepasan am, kita akan lakukan solat dhuha. Peringkat keempat, kita boleh cuba buat dalam satu minggu lima kali kita solat dhuha dan mungkin peringkat akhirnya kita akan berjaya melakukan solat dhuha hampir setiap hari.

Sebagaimana peristiwa hijrah nabi ke Madinah yang penuh dengan perancangan dan strategi, maka kita juga perlu mengambil semangat hijrah itu dalam setiap sudut kehidupan kita.

Marilah sama-sama kita :

Hijrah Hati - Ikhlaskan diri, jauhkan dari prasangka dan hasad dengki.

Hijrah Jiwa - Berjiwa besar sanggup berkorban tenaga, masa dan harta benda.

Hijrah Amal - Menjaga yang wajib, pertingkatkan yang sunat, istiqamah dalam beramal.

Hijrah Minda - Berfikiran positif dengan apa jua dugaan dan cabaran yang melanda.

Moga-moga niat, perancangan dan tindakan kita terarah ke matlamat yang lebih jelas, mendapat mardhatillah dan seterusnya menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan