27JULAI2020
0700HRS
LAWATAN PEMANTAUAN OLEH KETUA POLIS DAERAH KE SEK KEB SANTAN
Santan, 27 Julai - Ketua Polis Daerah Padang Besar, Ydh. Supt. Saifudin Aslin bin Hj. Abbas turun padang hadir ke Sekolah Kebangsaan Santan, Santan melihat sendiri pematuhan SOP dalam kalangan guru dan murid, awal pagi tadi.
Beliau yang hadir ketika itu disambut oleh Pn. Hasmawati bt. Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum sebelum ditemukan dengan Penolong Kanan 1, En. Mohd Nadzri bin Shuaib dan Penolong Kanan HEM, Pn. Noramini bt. Abdul Rani sebagai wakil kepada Guru Besar, En. Musra bin Mat Saman yang hadir mesyuarat diluar kawasan.
Semasa tiba di pagar sekolah, KPD juga dikehendaki memeriksa suhu badan dan menurunkan butiran sepertimana yang digariskan dalam SOP PKPP, sebelum dibenarkan membuat pemantauan dalam kawasan sekolah.
Hasil pemantauan, beliau berpuashati dengan kaedah yang digunapakai oleh guru bagi merekod kehadiran murid ke sekolah melalui penggunaan kod QR yang dijana untuk setiap murid.
#covid19
#pkpp2020
#kitajagakita
#ketuapolisdaerah
#ipdpadangbesar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan