Rabu, 27 Disember 2017

PENGURUSAN SEKOLAH 2018

KATA ALUAN GURU BESAR'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan 1 Haluan Sehaluan

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya  kita telah melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2017 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara. Sekalung penghargaan di atas kerjasama tersebut.

Misi sekolah pada tahun 2018 ini, masih menggunkan misi Kementerian Pendidikan Malaysia berasaskan Pelan Pembanggunan Pendidian Malaysia 2013-2025 iaitu “ MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGERA” dan “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” merupakan visi Kementerian sebagai sasaran dan hala tuju kita bersama.

Oleh itu Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SK. Santan  mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan dua elemen penting petunjuk prestasi iaitu NPKI dan NKRA.

Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikkan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21 dengan melaksanakan pedagogi yang bertunjangkan ICT.

Disamping itu diharapkan tahun ini kita sama-sama melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta perlaksanaan KBAT dalam aktiviti Kokurikulum.

Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam waktu yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

“SK SANTAN… CEMERLANG”


Sekian, Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTU NEGARA"
“ 1 HALUAN SEHALUAN”

Salam hormat dari saya,

MUSRA BIN MAT SAMAN, A.M.P., P.M.P., P.J.K.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Santan,

01000 KANGAR, Pelis.



HALA TUJU SEKOLAH 2018

Visi Sekolah
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGERA
                                                                       
Misi Sekolah
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Kebitaraan Sekolah
SUKAN PERMAINAN : SEPAK TAKRAW DAN BOLA BALING
KELAB PERSATUAN : KELAB DR. MUDA
UNIT BERUNIFORM : TKRS
PUSAT SUMBER SEKOLAH

Slogan Sekolah
SK SANTAN “ CEMERLANG”

Dasar Kualiti Sekolah

Dalam usaha mencapai misi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
SK Santan menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti:-

1.         Meningkatkan pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 10 % setiap tahun

2.         Mencapai:
2.1 85% murid mencapai Tahap Minimum dalam semua PBS
2.2 10% murid mendapat Gred A bg semua mata pelajaran dalam setiap Peperiksaan,
2.3 Pencapaian PKSR Tahap 1 mencapai 90% lulus
2.4 92% murid Prasekolah berumur 6 tahun menguasai literasi dan numerasi.
2.5 Peratus lulus minimum UPKK ialah 85 %.
2.6 Sekurang-kurangnya 10 orang murid mendapat straight ‘A’ dalam UPKK.

3.         Kurang daripada 0.2% muird terlibat dalam masalah disiplin berat dan 95% purata kehadiran murid.

4.         Memperkasa pelbagai program untuk pembentukan sahsiah terpuji murid-murid.

5.         Mencapai johan peringkat kawasan Pendidikan (PKP) dalam permainan yang menjadi ETOS sekolah.

6.         Semua panitia dapat membelanjakan sekurang-kurangnya 98 % daripada wang yang
diperuntukkan menjelang akhir tahun  dan semua bil dapat dijelaskan dalam masa 14 hari.

7.         Sistem pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang dan tiada audit bersyarat.

8.         Persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bermaklumat berfokuskan 3K.

9..         Membudayakan PLC dalam PdPc.
10.       Perlaksanaan KBAT dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta KBAT dalam bidang Kokurikulum.



ANALISIS KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017
DAN
SASARAN 2018

TAHUN
KEPUTUSAN
GPS 2017
SASARAN
GPS 2018
CATATAN

TAHUN 1



3.11

3.00


TAHUN 2



2.89

2.70


TAHUN 3



2.91

2.50


TAHUN 4



3.69

2.50


TAHUN 5



3.79

3.0


TAHUN 6 UPSR

2.85 (Target 2017)
2.96

2.60




SASARAN UPSR 2018
MENGIKUT MATA PELAJARAN


BIL


MATA PELAJARAN
UPSR
GPMP 2017
SASARAN
GPMP 2018

CATATAN

1
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

2.16


2.00


2
BAHASA MELAYU PENULISAN

2.34


2.13


3
BAHASA INGGERIS
PEMAHAMAN

3.47


2.87


4
BAHASA INGGERIS
PENULISAN

3.34


2.87


5

MATEMATIK


3.50


2.87


6

SAINS

2.93


2.87



GPS


2.96

2.60









2 ulasan:

  1. Semuga aspirasi sekolah kebangsaan santan akan dpt dicapai dengan jayanya.

    Insya Allah

    BalasPadam
  2. Semuga aspirasi sekolah kebangsaan santan akan dpt dicapai dengan jayanya.

    Insya Allah

    BalasPadam