KATA ALUAN GURU BESAR'
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan 1 Haluan Sehaluan
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat
Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya kita telah melaksanakan amanah, tugas dan
tanggungjawab tahun 2017 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan
kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara. Sekalung penghargaan di atas kerjasama
tersebut.
Misi sekolah pada tahun 2018 ini, masih
menggunkan misi Kementerian Pendidikan Malaysia berasaskan Pelan Pembanggunan
Pendidian Malaysia 2013-2025 iaitu “ MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGERA”
dan “PENDIDIKAN
BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” merupakan visi Kementerian
sebagai sasaran dan hala tuju kita bersama.
Oleh itu Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SK. Santan mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan dua elemen penting petunjuk prestasi iaitu NPKI dan NKRA.
Justeru itu, semua guru seharusnya
melakukan transformasi dan penambahbaikkan kepada kemahiran dan potensi diri
yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21 dengan
melaksanakan pedagogi yang bertunjangkan ICT.
Disamping itu diharapkan tahun ini kita
sama-sama melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan, melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta perlaksanaan KBAT dalam aktiviti
Kokurikulum.
Saya sangat yakin bahawa dengan
dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta
komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu
mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam waktu yang sama dapat
"Melestarikan Pendidikan Terbilang".
“SK SANTAN… CEMERLANG”
Sekian, Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTU NEGARA"
“ 1 HALUAN SEHALUAN”
Salam hormat dari saya,
MUSRA BIN MAT SAMAN,
A.M.P., P.M.P., P.J.K.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Santan,
01000 KANGAR, Pelis.
HALA TUJU SEKOLAH 2018
Visi Sekolah
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGERA”
Misi Sekolah
“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
Kebitaraan Sekolah
SUKAN PERMAINAN : SEPAK TAKRAW DAN BOLA BALING
KELAB PERSATUAN : KELAB DR. MUDA
UNIT BERUNIFORM : TKRS
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Slogan Sekolah
SK SANTAN “ CEMERLANG”
Dasar Kualiti Sekolah
Dalam usaha mencapai misi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025,
SK Santan menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti:-
1. Meningkatkan
pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 10 % setiap tahun
2. Mencapai:
2.1 85% murid mencapai Tahap Minimum dalam semua PBS
2.2 10% murid mendapat Gred A bg semua mata pelajaran dalam setiap
Peperiksaan,
2.3 Pencapaian PKSR Tahap 1 mencapai 90% lulus
2.4 92% murid Prasekolah berumur 6 tahun
menguasai literasi dan numerasi.
2.5 Peratus lulus minimum UPKK ialah 85 %.
2.6 Sekurang-kurangnya 10 orang murid mendapat
straight ‘A’ dalam UPKK.
3. Kurang daripada
0.2% muird terlibat dalam masalah disiplin berat dan 95% purata kehadiran murid.
4. Memperkasa
pelbagai program untuk pembentukan sahsiah terpuji murid-murid.
5. Mencapai johan
peringkat kawasan Pendidikan (PKP) dalam permainan yang menjadi ETOS sekolah.
6. Semua panitia
dapat membelanjakan sekurang-kurangnya 98 % daripada wang yang
diperuntukkan menjelang akhir
tahun dan semua bil dapat dijelaskan dalam masa 14 hari.
7. Sistem
pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang dan tiada audit bersyarat.
8. Persekitaran sekolah yang kondusif, ceria
dan bermaklumat berfokuskan 3K.
9.. Membudayakan
PLC dalam PdPc.
10. Perlaksanaan
KBAT dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, KBAT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran serta KBAT dalam bidang Kokurikulum.
ANALISIS KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017
DAN
SASARAN 2018
TAHUN
|
KEPUTUSAN
GPS
2017
|
SASARAN
GPS
2018
|
CATATAN
|
TAHUN 1
|
3.11 |
3.00
|
|
TAHUN 2
|
2.89 |
2.70
|
|
TAHUN 3
|
2.91 |
2.50
|
|
TAHUN 4
|
3.69 |
2.50
|
|
TAHUN 5
|
3.79 |
3.0
|
|
TAHUN 6 UPSR
|
2.85 (Target 2017)
2.96
|
2.60
|
SASARAN UPSR 2018
MENGIKUT MATA PELAJARAN
BIL
|
MATA
PELAJARAN
|
UPSR
GPMP
2017
|
SASARAN
GPMP
2018
|
CATATAN
|
1
|
BAHASA
MELAYU PEMAHAMAN
|
2.16
|
2.00
|
|
2
|
BAHASA
MELAYU PENULISAN
|
2.34
|
2.13
|
|
3
|
BAHASA
INGGERIS
PEMAHAMAN
|
3.47
|
2.87
|
|
4
|
BAHASA
INGGERIS
PENULISAN
|
3.34
|
2.87
|
|
5
|
MATEMATIK
|
3.50
|
2.87
|
|
6
|
SAINS
|
2.93
|
2.87
|
|
GPS
|
2.96
|
2.60
|
Semuga aspirasi sekolah kebangsaan santan akan dpt dicapai dengan jayanya.
BalasPadamInsya Allah
Semuga aspirasi sekolah kebangsaan santan akan dpt dicapai dengan jayanya.
BalasPadamInsya Allah